Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA ANJURAN PANITIA SEJARAH MA’AHAD SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA (MA’AHADSAS)

Panitia sejarah Ma’ahad SAS telah menganjurkan program lawatan ke Dewan Parlimen Malaysia pada 25 Jun 2024.

Rombongan lawatan ini telah disantuni oleh beberapa Ahli Parlimen yang sentiasa mesra dan peka memberikan nasihat dan pengajaran kepada anak-anak pelajar. Antara yang ditemui dan berkesempatam untuk bergambar bersama ahli rombongan ialah YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim (Perdana Menteri Malaysia), YB Puan Fadhlina Binti Sidek (Menteri Pendidikan), YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Datuk Hussein dan YB Tuan Kamal Bin Ashaari.

Rombongan lawatan ini berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Krau iaitu YB Tuan Kamal Bin Ashaari atas kesudian beliau untuk menaja makan pagi dan tengahari rombongan ini.

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang positif buat anak-anak pelajar tingkatan 5 MaahadSAS untuk lebih berjaya dalam pelajaran.

25 Jun 2024

Tag: #maahadsas #roadtoparlimen #maahadsasdihagi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini