Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM AKHIR TAHUN 2017 MA’AHAD SAS

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 13-24 NOVEMBER 2017 merupakan dua minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun bagi sesi 2017. Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti sebagai pengisian kepada para pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang terlibat secara khusus. Program ini disusun oleh Cikgu Umar bin Safyudin bermula waktu persekolahan sehingga tamat waktu persekolahan.  Antara program yang dijalankan ialah ceramah kerjaya, ceramah kesihaan, bengkel pemantapan Bahasa Arab, bengkel pemantapan tulisan jawi, bengkel pemantapan asas matematik, sal jawab Feqah, gotong-royong asrama dan kelas, tayangan vedio, sukan antara tingkatan dan hari pelaporan. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar khususnya selepas tamat peperiksaan akhir tahun. 

Tag: programakhirtahun

0 komen

Sila berikan komen anda di sini