Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 SESI 2023/2024

BANDAR JENGKA - Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 sesi 2023/2024 diadakan pada pukul 8 pagi. Pendaftaran ini berlangsung pada hari yang sama iaitu 1 Mac 2023 (Rabu) di seluruh Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang. Tempat pendaftaran untuk Maahad SAS di kompleks Tingkatan 6. Kaunter bayaran dibuka mengikut kelas para pelajar. Para pelajar diberi pilihan untuk membayar yuran kesemuanya atau ansuran secara tunai atau dalam talian. Buku teks juga diserahkan pada hari pendaftaran. Kaunter pergigian juga disediakan bagi mengisi borang berkenaan. Selamat datang diucapkan kepada Pelajar Baharu Tingkatan 1 ke Ma'ahad As-sultan Ahmad Shah Ad-Dini.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini