Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG (KONPIP) KALI KE-18

Pada 23-25 September 2022, seramai 225 delegasi peserta dari semua Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat di Pahang telah menyertai Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 18 yang telah diadakan  di Maahad SAS, Jengka, Pahang.

Konvensyen yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Jabatan Agama Islam Pahang bahagian pendidikan, Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang dan semua alumni pelajar yang terlibat.

Konvensyen ini bertujuan mendedahkan pengurusan organisasi, perancangan program, percambahan idea, mengaktifkan dan memperkemaskan persatuan/badan dakwah di setiap sekolah.

Tag: #Konpip

0 komen

Sila berikan komen anda di sini