Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM KEM BAHASA AL-QURAN (KEMBAQ) UNTUK PELAJAR TINGKATAN 2

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –27-29 April 2018 (Jumaat-Ahad),  Panitia Panitia Bahasa Arab Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini buat kali keduanya telah mengadakan KEMBAQ iaitu Kem Bahasa Al-Quran bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad  SAS pada 27 hingga 29 April 2018. Kem ini disertai oleh 125 orang pelajar Tingktan 2 dengan 4 orang  fasilitator. Penceramah jemputan ialah Ustaz Zulkarnain bin Itam dari Ma’ahad Ahmadi Gemencheh. Objektif program ini diadakan khusus untuk pelajar Tingkatan 2 sebagai persediaan kepada mereka menghadapi peperiksaan PT3 bagi subjek bahasa Arab. Fokus program ini mengajar dan memberi tunjuk ajar membina karangan (Insya’) ringkas dengan mudah dan betul berpandukan perbendaharaan kata yang telah dipelajari. Disamping itu, memupuk minat dan sayang kepada bahasa Arab. 

 

Tag: KEMBAQ TINGKATAN 2

0 komen

Sila berikan komen anda di sini