Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 2 Januari 2019 (Rabu), orientasi pelajar tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Aturcara orientasi ini bermula dengan ucapan Puan Pengetua, ucapan GPK Kurikulum, ucapan GPK HEM, ucapan GPK Kokurikulum, taklimat disiplin oleh setiausaha disiplin dan berakhir dengan lawatan ke kawasan-kawasan sekolah (blok A,B,C, makmal, perpustakaan, koperasi, bilik kesihatan dan sebagainya).Pelajar turut membuat urusan buku teks.

Semoga orientasi ini membantu pelajar mengetahui perkara-perkara yang sepatutnya dan memberi semangat dan sentiasa tekun menuntut ilmu di Ma’ahad SAS. Insya Allah.

Tag: Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini