Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2020

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI – 2 Januari 2020 (Khamis), hari pertama persekolahan bagi tahun 2020 bermula pada hari ini dengan suasana yang semangat dan azam yang baru.

Perhimpunan diadakan di Dewan Saidina Ali yang bermula jam 7.15 pagi dan berakhir jam 8.30 pagi. Ucapan pada hari ini dimulakan dengan ucapan Guru Kanan Kokurikulum, Cikgu Siti Royani Binti Ahmad Hafidz. Kemudian ucapan Guru Penolong Kanan HEM, Ustazah Robiah Binti Ibrahim dan ucapan terakhir adalah ucapan Tuan Pengetua Ma’ahad SAS, Ustaz Haji Ahmad Sukri Bin Mohamed Sodin. Semoga perjalanan alam persekolahan sesi 2020 berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. 

 

 

Tag: Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini