Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

MAJLIS PENGAGIHAN WANG ZAKAT OLEH MAIP

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Mac 2018 (Rabu), Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) telah mengagihkan wang zakat kepada semua pelajar tingkatan satu hingga enam Ma’ahad SAS.  Majlis pengahihan telah dilaksanakan di Dewan Saidina Ali bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.  Semoga para pelajar memperolehi manfaat daripadanya.

Tag: Zakat MAIP

Papar Artikel

KEM SMART SOLAT PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10 Mac 2018 (Sabtu), Kem Smart Solat yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Ibadah (BADI’) telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Ma’ahad SAS. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.  Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar tingkatan satu. 

Penceramah jemputan adalah Ustaz Jumaidi dan Ustaz Idrid Bin Derus. Semoga para pelajar mendapat manfaat yang sangat berguna untuk memperbaiki ibadah solat khususnya. ...

Tag: Kem Smart Solat

Papar Artikel

MAJLIS GRADUASI STAM KALI-KE2

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 6 Mac 2018 (Selasa), Majlis Graduasi STAM 2017 telah diadakan dengan jayanya buat kali kedua di Ma’ahad SAS. Seramai 129 orang graduan yang terlibat dengan majlis graduasi tersebut  iaitu para pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz sehingga pangkat Jayyid. 

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh En. Bakar bin Mat Saad, KPPP Bahagian Pendidikan JAIP. Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian Bin...

Tag: Graduasi STAM Kali Ke-2

Papar Artikel

KEDATANGAN MA’AHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG KE MA’AHAD SAS

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 5 Mac 2018 (Isnin), kakitangan Ma’ahad Tahfiz Negeri Pahang telah mengadakan satu taklimat mengenai pengajian dalam Diploma Tahfiz al-Quran. Pengajian diploma tersebut adalah kerjasama antara MTNP dengan Darul Quran, JAKIM. 

Taklimat ini diwajibkan kepada tingkatan enam iaitu lepasan SPM 2017 dan diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Diploma ini dibuka kepada anak-anak negeri Pahang...

Tag: Kedatangan MTNP