Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

RAUB - Kem Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Kela Adventure Camp, Ulu Sungai, Raub pada 29-31 Julai 2022 yang lalu. Seramai 88 orang pelajar telah dipilih menyertai program tersebut yang meliputi dari Badan Kepimpinan Pelajar, Pusat Sumber, Aspura dan Aspuri. Pelbagai aktiviti lasak telah dijalankan bagi meningkatkan lagi ketahanan pelajar dalam menghadapi apa jua cabaran, di samping mendedahkan mereka kepada ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada mereka bagi memimpin rakan pelajar yang lain.

Tag: #Kem Kepimpinan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini