Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 23 Januari 2017 (Isnin), Badan Disiplin Ma’ahad SAS, Jengka telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2016 di Dewan Saidina Ali. Majlis tersebut berlangsung selepas perhimpunan mingguan dan dirasmikan oleh Insp. Muhamad Faiez bin Zulkefli, Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Daerah Maran. Beliau juga telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 62 orang pengawas sekolah dari kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Majlis berakhir jam 9.15 pagi.

Tag: watikah pelantikan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini