SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SMA 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Oktober 2019 (Isnin) – Peperiksaan Sijil Menengah Agama 2019 telah bermula pada hari ini, 14 Oktober. Semoga para pelajar dapat menjawab dengan baik dan beroleh kecemerlangan dalam imtihan SMA.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS PENGETUA BARU MAAHAD SAS 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 Oktober 2019 (Isnin) – Warga Ma’ahad SAS pada hari ini telah menerima seorang pengetua baru iaitu Ustaz Haji Ahmad Syukri Bin Hj Mohamed Sodin. Beliau akan memulakan khidmat di Ma’ahad SAS pada 7 Oktober 2019. Semoga warga Ma’ahad SAS khususnya para pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
PROGRAM GERAK GEMPUR STAM 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 September sehingga 13 Oktober 2019 , Program gerak gempur STAM 2019 diadakan setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad setiap minggu. Program ini berjalan selama 8 jam bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 malam. Persediaan ini sangat penting sebelum menghadapi peperiksaan STAM. Semoga berjaya.
PROGRAM KEBUDAYAAN ARUDH 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA - 4 Oktober 2019 (Jumaat), Guru matapelajaran Arudh dan Qafiyah telah mengadakan pertandingan kebudayaan Arudh bagi tahun 2019. Program ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menghafal wazan- wazan dengan pelbagai cara dan berlagu. Semoga para pelajar memperolehi manfaat dari program ini.
