Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Portal MaahadSAS berwajah Baru

Maa'ahadSAS 28 Nov 2016 - Laman Web MaahadSAS kembali semula setelah sekian lama terbengkalai ekoran pertukaran Admin utamanya Us.Faridzul Izan Mohd Norawi ke SMA Pulau Tawar. Setelah ditukarkan semula ke MaahadSAS sejak August lalu beliau telah diamanahkan oleh Puan pengetua baru Puan Hajjah Noraini binti Manap untuk menghidupkannya kembali. Kini Adminnya dibantu oleh Ust Nurulhanis binti Ibrahim.

Walau bagaimanapun, konsep laman web atau Portal MaahadSAS yang menggunakan aplikasi Joomla ini tidak lagi digunakan dan digantung sejak pertengahan tahun 2016.. Format baru kini lebih mudah dan mengekalkan ciri-ciri CMS nya.  Portal SMAN format Joomla tidak lagi digunakan kerana sebahagian besar para Administrator Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri kurang bermaya untuk mengemaskini portal mereka. Mungkin tahap penguasaan Aplikasi Joomla ini agak kurang atau sebagainya tidak dapat diketahui.

Selamat Maju Jaya MaahadSAS.

Tag: Portal MaahadSAS berwajah Baru

0 komen

Sila berikan komen anda di sini