Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAKLUMAN KEPADA PENJAGA PARA PELAJAR MA'AHAD SAS

Pihak Pentadbiran Maahad SAS memandang serius terhadap peningkatan kes covid19 kebelakangan ini  terutama di beberapa daerah di Pahang seperti di Jerantut dan Kuantan. 

Pihak kami mendapati pematuhan terhadap SOP telah mula diabaikan oleh sesetengah ibubapa/ penjaga semasa berjumpa dengan anak-anak di pintu  masuk utama. Justeru,  Pentadbiran ini telah mengambil keputusan  untuk MENANGGUHKAN SEMENTARA PERJUMPAAN IBUBAPA/ PENJAGA  DENGAN ANAK-ANAK  SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.

Walau bagaimanapun penghantaran barangan keperluan  masih DIBENARKAN dan hendaklah DILETAKKAN di Pondok Pengawal beserta maklumat anak bagi tujuan penyerahan.
 
Sekian, Harap maklum.

Ma'ahad SAS Jengka
30 September 2020

#kepadaAllahkitaberserah
#kitajagakita
#kitabelummenang
#staysafe

Tag: Pemberitahuan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini