Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PAAB PRIHATIN 2021 KEPADA MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI

5 APRIL 2021- PAAB telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan PAAB Prihatin 2021 kepada Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini bertempat di kantin Ma’ahad SAS. Majlis tersebut dihadiri oleh 
 
Encik Abdul Hadi Ali
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (P-A-A-B)
 
Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip)
 
Encik Ir. Roslan Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Paip
 
Tuan Haji Zainal Nagin
Pemangku Ketua Pegawai Operasi P-A-A-B
 
 
Tuan Haji Che Aziz Che Dollah
Pemangku Pengetua Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
 
Pengurusan Kanan P-A-A-B dan PAIP
 
Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru dan para pelajar Ma’ahad SAS
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Us. Mohd Zaliki Bin Kadir. Selepas itu, satu ceraman kesedaran air disampaikan oleh En. Khairul Hasrol Razak, Ketua Seksyen Pengeluaran Bahagian Perkhidmatan Air dari PAIP. Penerangan beliau banyak memberi info dan maklumat berkenaan pengurusan air kepada guru dan para pelajar Ma’ahad SAS. Majlis diteruskan dengan ucapan dari En. Che Aziz Bin Che Dollah, Pemangku Pengetua Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 

Seterusnya, ucapan perasmian oleh Encik Abdul Hadi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (P-A-A-B). Acara kemuncak dalam majlis tersebut ialah penyerahan cek sumbangan P-A-A-B prihatin bernilai 50 ribu ringgit oleh En. Abdul Hadi kepada Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini disaksikan oleh Encik Saiful Zaini. 

Semoga sumbangan prihatin bernilai 50 ribu ringgit tersebut menjadi dana untuk membaik pulih kemudahah bekalan air dan fasiliti di tiga blok asrama Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini dan 
kerja-kerja membaik pulih itu dijangka siap sepenuhnya menjelang perayaan aidilfitri pada bulan Mei. Insya Allah. 
 

Tag: PAAB Prihatin 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini