Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

FUN RUN 2026 MAAHAD AS SULTAN AHMAD SHAH MERIAH DAN PENUH SEMANGAT

BANDAR JENGKA, 13 Februari 2026 – Program Fun Run Edisi 2026 anjuran Unit Kokurikulum Maahadsas telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan melibatkan penyertaan pelajar serta warga sekolah.

Seawal jam 7.30 pagi, para peserta mula berkumpul di perkarangan sekolah bagi sesi pendaftaran dan taklimat ringkas keselamatan.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Azmy Murad bin Muhamed Yatim. Dalam ucapan ringkas beliau, pengetua menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan membina disiplin diri dalam kalangan pelajar.

Sepanjang program berlangsung, jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada guru-guru turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran acara termasuk urusan pendaftaran, kawalan laluan dan keselamatan peserta. Laluan larian dihiasi dengan bendera kecil berwarna-warni, menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Tag: #maahadsas2026 #kokomaahadsas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini