KERJA MEMBAIKI JALAN OLEH ROADCARE
Kerja membaiki jalan berlubang dan rosak sekitar sekolah dilakukan pada 20 Mac 2023 pada pukul 4 petang oleh pihak Roadcare. Pihak sekolah berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian Roadcare melakukan kerja ini.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
BANDAR JENGKA - Sesi baharu persekolahan 2023/2024 bermula pada hari Isnin 20 Mac 2023. Para guru dan pelajar berkumpul di Dewan Saidina Ali seawal 7.20 pagi untuk sesi perhimpunan pagi sempena hari pertama persekolahan. Perhimpunan dimulakan dengan alunan Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Naim bin Zainudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Zaliki bin Kadir...
HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA TINGKATAN 2,3,4&5
BANDAR JENGKA - Pada 18 Mac 2023 hari Sabtu, pendaftaran sekolah dan asrama bagi pelajar Tingkatan 2,3,4&5 dijalankan di Dewan Saidina Ali pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Terdapat dua kaunter dibuka semasa hari pendaftaran iaitu kaunter kelas (yuran sekolah dan PIBG), kaunter asrama (yuran asrama). Senarai nama pelajar mengikut kelas dan dorm ditampal pada papan putih yang disediakan. Yuran boleh dibayar sekaligus atau beransur-ansur mengikut kepada kemampuan pelajar. Kedai...
'FOGGING' DI ASRAMA PUTERA DAN PUTERI
BANDAR JENGKA - Pada 17 Mac 2023, wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran telah melakukan kerja 'fogging' (semburan kabus) di Asrama Putera dan Puteri Ma'ahad SAS pada pukul 6 petang. Ianya bertujuan membasmi pembiakan nyamuk memandangkan asrama telah kosong kerana para pelajar bercuti sekolah selama sebulan. Para pelajar akan mula memasuki asrama pada hari esok dan ini adalah salah satu persediaan dari pihak sekolah dalam menjaga kesihatan para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada semua...