Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

MAJLIS RESTU ILMU

BANDAR JENGKA – Pada 6 Januari 2023, Majlis Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar kelas peperiksaan SMA, SPM & STAM 2022. Majlis ini bermula pukul 8 pagi di Dewan Saidina Ali. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Saifullah pelajar Tingkatan 6. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar setiap tingkatan iaitu Mohamad Aqil bin Azhar dari Tingkatan 4, Najlaa’ Maysuurah binti Asjad dari Tingkatan 5 dan Muhammad Firzuan bin Sha’ari dari...

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2023

BANDAR JENGKA – Pada 31 Disember 2022, temu uji pelajar Tingkatan 1 sesi 2023 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Pelajar akan diuji dengan 2 bentuk ujian iaitu bertulis dan lisan. Ujian bertulis bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Selepas itu, ujian lisan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Manakala Ibubapa dan Penjaga telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua berkaitan Maahad SAS semasa anak masing-masing sedang menjawab soalan. 

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

KEM BAHASA ARAB DAN AL-QURAN

BANDAR JENGKA – Kem Bahasa Arab dan Al-Quran diadakan untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 secara berasingan. Pelajar Tingkatan 3 pada 11 hingga 13 November 2022. Manakala pelajar Tingkatan 2 pada 25 hingga 27 November 2022. Untuk pelajar Tingkatan 1 pada 2 hingga 4 Disember 2022. Para pelajar dikehendaki membawa satu buku tulis kosong untuk diberi latihan dan kaedah membuat ayat. Semoga para pelajar terus bersemangat dan cintakan Bahasa Arab.

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

KARNIVAL STEM : PERTANDINGAN TEKNOLOGI RUMAH HIJAU & BRIDGE BUILDING

BANDAR JENGKA – Pada 30 November 2022, Karnival Science, Technology, Engeneering and Math (STEM) diteruskan dengan acara pertandingan Teknologi Rumah Hijau dan Bridge Building yang diadakan di Dewan Abu Bakar. Penyertaan adalah pelajar Tingkatan 1 hingga 3 mengikut Kelab dan Persatuan. Pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam menghasilkan bandar hijau dan jambatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 2 acara ini adalah penutup bagi Karnival STEM tahun ini. Karnival ini mendapat sambutan...

Tag: #maahadsas2022