PESERTA AKADEMI QURRA' ANJURAN TV AL-HIJRAH
BANDAR JENGKA - Pada Hari Khamis bertarikh 26 Januari 2023, YDP PIBG Tn Hj Mustari Anuar telah berbesar hati menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM1000.00 kepada Saifullah bin Khanip Rofli kerana telah berjaya terpilih dalam pertandingan AKADEMI QURRA' anjuran TV ALHIJRAH . Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban keluarga walaupun tidak sepenuhnya memandangkan pelajar ini ialah seorang anak yatim. Selain itu ianya juga akan memberikan dorongan dan...
MAJLIS AGIHAN ZAKAT KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
KUANTAN - Pada 17 Januari 2023, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan Majlis Agihan Zakat kepada Institusi Pendidikan Negeri Pahang yang bertempat di Hotel Grand Darul Makmur. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (SSAP, SIMP) selaku Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Ma'ahad SAS mendapat agihan zakat...
PEPERIKSAAN SMA & STAM 2022
BANDAR JENGKA - Pada 16 Januari 2023, pelajar Tingkatan 4 menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) pada 16 hingga 26 Januari 2023 manakala pelajar Tingkatan 6 yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 pada 16 Januari hingga 2 Februari 2023. Pengetua Maahad SAS telah meluangkan masa memberi peringatan dan kata-kata semangat. Warga Maahad SAS mendoakan kejayaan cemerlang kepada calon peperiksaan SMA dan STAM 2022.
PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN SMA, SPM & STAM 2022/2023
BANDAR JENGKA – Pada 8 Januari 2023, Program Solat Hajat Perdana telah dijalankan sempena peperiksaan SMA, SPM & STAM di Dewan Sayyidina Ali, Maahad SAS. Program ini melibatkan semua calon peperiksaan beserta ibu bapa penjaga dan para guru. Program ini bermula pada pukul 9 pagi d Dewan Saidina Ali. Program ini dimulakan dengan bacaan Yaasin dan seterusnya solat hajat secara berjemaah. Program diteruskan dengan slot ceramah motivasi bertajuk ‘Parenting’ yang disampaikan oleh Ustaz...