PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN SMA, SPM & STAM 2022/2023
BANDAR JENGKA – Pada 8 Januari 2023, Program Solat Hajat Perdana telah dijalankan sempena peperiksaan SMA, SPM & STAM di Dewan Sayyidina Ali, Maahad SAS. Program ini melibatkan semua calon peperiksaan beserta ibu bapa penjaga dan para guru. Program ini bermula pada pukul 9 pagi d Dewan Saidina Ali. Program ini dimulakan dengan bacaan Yaasin dan seterusnya solat hajat secara berjemaah. Program diteruskan dengan slot ceramah motivasi bertajuk ‘Parenting’ yang disampaikan oleh Ustaz...
MAJLIS RESTU ILMU
BANDAR JENGKA – Pada 6 Januari 2023, Majlis Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar kelas peperiksaan SMA, SPM & STAM 2022. Majlis ini bermula pukul 8 pagi di Dewan Saidina Ali. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Saifullah pelajar Tingkatan 6. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar setiap tingkatan iaitu Mohamad Aqil bin Azhar dari Tingkatan 4, Najlaa’ Maysuurah binti Asjad dari Tingkatan 5 dan Muhammad Firzuan bin Sha’ari dari...
TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2023
BANDAR JENGKA – Pada 31 Disember 2022, temu uji pelajar Tingkatan 1 sesi 2023 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Pelajar akan diuji dengan 2 bentuk ujian iaitu bertulis dan lisan. Ujian bertulis bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Selepas itu, ujian lisan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Manakala Ibubapa dan Penjaga telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua berkaitan Maahad SAS semasa anak masing-masing sedang menjawab soalan.
KEM BAHASA ARAB DAN AL-QURAN
BANDAR JENGKA – Kem Bahasa Arab dan Al-Quran diadakan untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 secara berasingan. Pelajar Tingkatan 3 pada 11 hingga 13 November 2022. Manakala pelajar Tingkatan 2 pada 25 hingga 27 November 2022. Untuk pelajar Tingkatan 1 pada 2 hingga 4 Disember 2022. Para pelajar dikehendaki membawa satu buku tulis kosong untuk diberi latihan dan kaedah membuat ayat. Semoga para pelajar terus bersemangat dan cintakan Bahasa Arab.