MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TAHUN 2021
BANDAR JENGKA – Pada 28 Oktober 2022 hari Jumaat, majlis anugerah kecemerlangan iaitu Majlis Anugerah Kcemerlangan Pendidikan 2021 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Majlis ini meraikan para pelajar yang cemerlang pada Peperiksaan Akhir Tahun 2021, SMA, SPM 2021 dan STAM 2021 serta pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum (iaitu...
KEM KECEMERLANGAN SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SMAN PAHANG
BANDAR JENGKA – Pada 22 – 24 Oktober 2022, Kem Kecemerlangan Subjek Matematik Tambahan diadakan di Ma’ahad SAS. Sekolah yang terlibat adalah semua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang mengambil subjek Matematik Tambahan untuk peperiksaan SPM. Sekolah tersebut adalah Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Al-Ihsan, SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, SMA Tengku Ampuan Fatimah dan SMA Rompin. Kem ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi...
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31
BANDAR JENGKA – Pada 21 Oktober 2022, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Maahad SAS. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan dihadiri ibu, bapa, penjaga dan guru. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG Tuan Haji Mustari Anuar bin Samah. Setelah selesai mesyuarat agung, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderhati untuk AJK PIBG, penyampaian kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum serta anugerah khas. Sesi cabutan bertuah juga turut diselitkan...
UJIAN LISAN SPM SUBJEK PQS DAN BA
BANDAR JENGKA - Pada 11 hingga 18 Oktober 2022, Ujian Lisan Tilawah Hafazan untuk subjek PQS SPM telah dijalankan di Bilik Tayang 2 dan Bilik Pengawas Sekolah. Manakala pada 18 hingga 20 Oktober 2022, Ujian Lisan Bahasa Arab telah dijalankan di Bilik PIBG dan Pusat Sumber Darul Hikmah. Calon SPM bagi tahun ini adalah seramai 118 orang pelajar. Semoga semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2022 memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.