PENGUMUMAN PEPERIKSAAN STAM 2022
BANDAR JENGKA - Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022, diumumkan pada 18 April 2023. Pengumuman Peperiksaan STAM unutk Ma'ahad SAS diumumkan di Dewan Saidina Ali. Ma'ahad SAS berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.71. Pencapaian ini adalah merupakan hasil titik peluh guru dan pelajar. Seramai 6 orang pelajar berjaya mendapat pangkat Mumtaz. Pelajar terbaik yang mendapat Mumtaz bagi...
PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2023 & PELAJAR ASNAF
BANDAR JENGKA - Pada 18 April 2023, Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 bagi pelajar Tingkatan 2,3,4&5 serta Penyerahan Bantuan Pelajar Asnaf telah diadakan di Dewan Saidina Ali. Majlis ini bermula pada pukul 9 pagi dengan dihadiri oleh wakil daripada YB Dato' Sri Mohamad Ismail bin Mohamed Said memandangkan beliau tidak dapat hadir dalam program ini. Semoga bantuan yang diterima dapat meringankan beban para pelajar dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang.
MAJLIS IFTAR JAMAIE RAMADAN
BANDAR JENGKA - Majlis Iftar Jamaie Ramadan berlangsung pada 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadan 1444H pada hari Isnin di Dewan Makan Asrama. Majlis ini dihadiri oleh para guru, staf dan pelajar asrama. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan ucapan daripada Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Pelbagai juadah makanan disediakan semasa majlis tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran ahli keluarga para guru dan staf.