Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM SMABI 2025

26 Februari 2025
Dewan Al Falah, SMA Bukit Ibam

Mesyuarat Agong Kokurikulum Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al Falah. Mesyuarat ini dihadiri oleh para pelajar dan guru penasihat bagi penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah seperti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ust Mohammad Anuar Bin Zafiru, Setiausaha Kokurikulum SMA Bukit Ibam menekankan kepentingan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum bagi membentuk sahsiah unggul dan kemahiran insaniah. Diharapkan mesyuarat ini dapat menjadi platform untuk memperkasakan aktiviti kokurikulum sekolah dan melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang kepimpinan dan kemasyarakatan.

Tag: mesyuarat Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini