Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

PROGRAM SIMULASI SYAFAWI STAM 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 Jun 2019 (Sabtu), Program simulasi syafawi STAM telah diadakan di Dewan Blok C bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Semua pelajar STAM terlibat dalam simulasi sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan syafawi tahun 2019 bermula 23 Julai sehingga 2 Ogos 2019. 

Tag: Simulasi Syafawi STAM 2019

Papar Artikel

KESSUMA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-21

Tahniah kepada 9 orang pelajar dan jurulatih dari Ma’ahad SAS yang mewakili KESSUMA bagi Negeri Pahang yang berlangsung pada 15-19 Julai 201 bertempat di UKM dan UNITEN. Tahniah kepada kontinjen Negeri Pahang yang telah mendapat Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih dari Maa’ahad SAS. 

Tag: KESSUMA Kali ke-20

Papar Artikel

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, BERSALAMAN, BERMAAFAN DAN PENYERAHAN DUIT HARI RAYA AIDILFITRI

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 24 Mei 2019 (Jumaat), majlis khatam al-quran dan penyerahan duit Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Majlis khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Nafizal Bin Osman. Kemudian, pelajar berbaris dan bersalaman dengan guru-guru dan pelajar-pelajar menerima duit Hari Raya setiap orang. 

 

Tag: Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan Duit Hari Raya

Papar Artikel

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 23 Mei 2019 (Khamis), majlis berbuka puasa telah diadakan pada di kantin sekolah bersama keluarga guru masing-masing. Dalam majlis tersebut, diraikan bersama anak-anak yatim Ma’ahad SAS. Pelbagai menu disediakan dan aturcara majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Us. Che Aziz bin Che Dollah dan ucapan ringkas oleh Puan Pengetua Ma’ahad SAS. Semoga majlis ini mengeratkan silaturrahim antara keluarga. 

Tag: Majlis Berbuka Puasa