MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 23 Mei 2019 (Khamis), majlis berbuka puasa telah diadakan pada di kantin sekolah bersama keluarga guru masing-masing. Dalam majlis tersebut, diraikan bersama anak-anak yatim Ma’ahad SAS. Pelbagai menu disediakan dan aturcara majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Us. Che Aziz bin Che Dollah dan ucapan ringkas oleh Puan Pengetua Ma’ahad SAS. Semoga majlis ini mengeratkan silaturrahim antara keluarga.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 3 Mei 2019 (Jumaat), Majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2019 telah disambut dengan jayanya. Tema hari guru pada tahun ini “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Sambutan diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Majlis berlangsung dari jam 8.30 pagi hinggg 12.oo tengah hari.
Aturcara majlis bermula dengan sukaneka guru-guru. Pada jam 10.00 pagi, acara dewan bermula dengan pelbagai acara antaranya gimik majlis, ucapan wakil pelajar...
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 30 April 2019 (Selasa), Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri SMAN Pahang. Sambutan diadakan di Ma’ahad SAS, Jengka bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.30 petang.
Acara yang diadakan ialah pertandingan sukaneka antara sekolah-sekolah, ceramah bertajuk ‘Integriti’ oleh Tuan Haji Ishak bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JAIP. Majlis telah dirasmikan oleh YH Dato’ Syed Ahmad Fuad Bin Syed...
MAJLIS PELANCARAN PAKAIAN KELUAR MASUK KELAS
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 29 April 2019 (Isnin), Guru Penolong Kanan Murid telah mengadakan majlis pelancaran pakaian keluar masuk kelas semasa perhimpunan pagi. GPK HEM telah menyampaikan ucapan ringkas berkenaan peraturan pakaian tersebut dan seterusnya menjemput Puan Pengetua dan GPK Kokurikulum untuk menyarungkan kepada ketua umum dan penlong sebagai simbolik untuk semua para pelajar.