MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIFAR VANDALISME, KECURIAN DAN BULI
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 22 April 2019 (Isnin), Unit Keselamatan 4K telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Sifat Vandalisme, Kecurian dan Buli peringkat sekolah. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar agar sentiasa menjauhkan atau megelakkan diri dari melakukan kesalahan tersebut. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn. Noraini Binti Abdul Manap. Semoga pelaksanaan kempen ini mampu mewujudkan sekolah yang selamat.
PROGRAM AMAN PALESTIN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 17 April 2019 (Rabu), Aktiviti mingguan bagi kokurikulum pada minggu ini diganti dengan Program Aman Palestin. Program ini bermula jam 3.30 sehingga jam 5.00 petang. Semua pelajar dan guru terlibat sama. Program diadakan di Dewan Besar. Perkongsian bersama penceramah jemputan mudah-mudahan menjadikan kita umat Islam yang perihatin dengan saudara seislam.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Mac 2019 (Khamis), keputusan SPM bagi tahun 2018 telah diumumkan di seluruh negeri secara rasminya. Pada tahun 2018, keputusan SPM di Ma’ahad SAS meningkat daripada pencapaian GPS 5.20 ke 4.33. Pelajar yang meperolehi 8A seramai 2orang, 7A seramai 5 orang, 6A seramai 9 orang, 5A seramai 10 orang.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2018 dan jutaan terima kasih kepada...
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR SMAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 13 Mac 2018 (Rabu), Ma'ahad SAS telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Pelajar SMAN Negeri Pahang. Majlis dirasmikan oleh YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid BIn Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP. ,Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Selesai perasmian, sesi pengagihan wang zakat kepada semua pelajar tingkatan satu hingga enam Ma’ahad...