Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

PERTANDINGAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 13-15 Februari 2019 (Rabu-Jumaat), Ma’ahad SAS telah mengadakan pertandingan ilmiah peringkat sekolah iaitu antara rumah sukan Tabuk, Yarmouk, Qadisiah dan Hunain. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan perserta ke Masisupa Zon pada 2-4 Mac 2019. Pelbagai acara dipertandingkan seperti nasyid, bahas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kupasan hadis, tafsir Al-Quran, syarahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab,...

Tag: Pertandingan Ilmiah

Papar Artikel

PROGRAM ZIARAH DAKWAH BERSAMA TOKOH ULAMA AD-DAIE USTAZ HASSAN AL-KAF

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Februari 2019 (Khamis), Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Kesihatan Pahang telah mengadakan Program Ziarah Dakwah yang bermula pada 10-17 Februari 2019. Beberapa buah SMAN termasuk Ma’ahad SAS telah menyambut baik jemputan tersebut.  Program diadakan di Dewan Saidina Ali yang melibatkan semua pelajar  Ma’ahad SAS dan guru-guru bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Pengisian yang dikongsi oleh Tokoh Ulama Ad-Daie Ustaz...

Tag: Program Ziarah Dakwah

Papar Artikel

MAJLIS PERASMIAN USRAH 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 28 Januari 2019 (Isnin), Majlis perasmian Usrah 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS semasa perhimpunan pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar Badan Dakwah dan Ibadah (BADI’) untuk menerangkan secara ringkas tentang usrah yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Perasmian disempurnakan oleh Puan Noraini Binti Abdul Manap. Semoga perjalanan program ini berjalan lancar dan diberkati Allah. 

Tag: Perasmian usrah 2019

Papar Artikel

KEM SMART SOLAT 2019 PELAJAR TINGKATAN 1 SESI

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 26 Januari 2019 (Sabtu), Kem Smart Solat yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Ibadah (BADI’) telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.  Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar tingkatan 1. 

Penceramah jemputan adalah Ustaz Muhammad Zulhusni yang merupakan guru Ma’ahad SAS dan Ustazah Hanim yang merupakan bekas pelajar Ma’ahad SAS. Para pelajar diajar...

Tag: Kem Smart Solat