BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM BAGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27-30 September 2019 (Jumaat-Isnin), Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Bengkel selama 4 hari ini diadakan di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini sebagai tuan rumah. Bengkel ini mengabungkan dua buah sekolah iaitu Ma’ahad SAS dan SMA Al-Maidah, Padang Tengku dengan jumlah peserta bengkel tersebut seramai 208 orang.
Selesai bengkel terakhir,...
PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS RESTU ILMU
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 September 2019 (Jumaat), pihak sekolah menganjurkan program solat hajat perdana dan majlis restu ilmu untuk semua warga Ma’ahad SAS khususnya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan bersijil iaitu PT3, SMA, SPM dan STAM bagi tahun 2019. YDP PIBG, AJK PIBG, para ibu bapa dan guru-guru dijemput bersama dalam majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan yassin. Kemudian diikuti dengan solat dhuha ,solat hajat dan seterusnya pengisian...
MESYUARAT AGONG BADAN DAKWAH, IBADAH DAN KEPIMPINAN MA’AHAD SAS TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 11 September 2019 (Rabu), Badan Dakwah, Ibadah dan Kepimpinan Ma’ahad SAS telah mengadakan muktamar bagi membuat pelantikan jawatankuasa tertinggi bagi tahun 2020. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh guru-guru penasihat BADIK dan dirasmikan oleh Puan Pengetua Ma’ahad SAS.
CERAMAH KESIHATAN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 12 September 2019 (Khamis), Ceramah kesihatan tentang pergigian telah diadakan dengan jayanya untuk para pelajar Ma’ahad SAS. Ceramah tersebut disampaikan oleh Dr. Badiuzzaman bin Tn Ibrahim. Pelbagai penerangan berkaitan penjagaan pergigian serta akibat-akibat tidak menjaga gigi dengan baik