SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS PENGETUA BARU MAAHAD SAS 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 Oktober 2019 (Isnin) – Warga Ma’ahad SAS pada hari ini telah menerima seorang pengetua baru iaitu Ustaz Haji Ahmad Syukri Bin Hj Mohamed Sodin. Beliau akan memulakan khidmat di Ma’ahad SAS pada 7 Oktober 2019. Semoga warga Ma’ahad SAS khususnya para pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
PROGRAM GERAK GEMPUR STAM 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 September sehingga 13 Oktober 2019 , Program gerak gempur STAM 2019 diadakan setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad setiap minggu. Program ini berjalan selama 8 jam bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 malam. Persediaan ini sangat penting sebelum menghadapi peperiksaan STAM. Semoga berjaya.
PROGRAM KEBUDAYAAN ARUDH 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA - 4 Oktober 2019 (Jumaat), Guru matapelajaran Arudh dan Qafiyah telah mengadakan pertandingan kebudayaan Arudh bagi tahun 2019. Program ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menghafal wazan- wazan dengan pelbagai cara dan berlagu. Semoga para pelajar memperolehi manfaat dari program ini.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 1 Oktober 2019 (Selasa), Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 bermula pada hari ini 1 Oktober sehingga 9 Oktober 2019. Selamat menjawab soalan peperiksaan kepada semua pelajar Tingkatan 3. Semoga berjaya dengan cemerlang.