MAJLIS RAMAH MESRA YAB MENTERI BESAR PAHANG BERSAMA GURU AL-QURAN DAN FARDHU AIN ASRAMA SERTA WARGA JAIP
BANDAR JENGKA – Pada 1 November 2022, Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Haji Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bersama guru Al-Quran dan fardhu ain asrama serta warga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berlangsung di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada pukul 2.30 petang. Seramai 39 orang Pengerusi Masjid telah menerima sumbangan Pelaksanaan Pahang Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pahang tahun 2022. Selain itu, berlangsung penyampaian...
SOARING UPWARDS WITH UNITEN (SWORD 2022)
KUANTAN – Pada hari Sabtu, 29 Oktober 2022, satu program yang dianjurkan oleh pihak UNITEN telah diadakan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Program ini bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang. Seramai 13 orang pelajar Tingkatan 5 Maahad SAS telah menghadiri program ini. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini.
SEMINAR INSYAK WAL MUTHOLA’AH (SMA)
BANDAR JENGKA – Pada hari Sabtu, 29 Oktober 2022, seminar SMA untuk subjek Insyak Wal Muthola’ah dijalankan bagi calon SMA 2022. Seminar ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi di Dewan Kulliah. Penceramah seminar ini ialah Puan Yusra Ilyani binti Faridzul-Izan. Semoga para calon SMA 2022 memperoleh pangkat Mumtaz untuk subjek Insyak Wal Muthola’ah.
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TAHUN 2021
BANDAR JENGKA – Pada 28 Oktober 2022 hari Jumaat, majlis anugerah kecemerlangan iaitu Majlis Anugerah Kcemerlangan Pendidikan 2021 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Majlis ini meraikan para pelajar yang cemerlang pada Peperiksaan Akhir Tahun 2021, SMA, SPM 2021 dan STAM 2021 serta pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum (iaitu...