						DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM 2025
17 Oktober 2025
Dewan Al - Falah, SMA Bukit Ibam
Pengetua Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Puan Rohaidah Binti Ismail, menyeru semua calon SPM 2025 agar terus berusaha gigih menjelang peperiksaan yang semakin hampir. Beliau berharap para pelajar sentiasa menjaga disiplin, masa belajar dan kesihatan supaya dapat mencapai keputusan cemerlang.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti persediaan seperti kelas tambahan, bengkel teknik menjawab soalan dan program motivasi. Selain itu, guru-guru turut membuka sesi konsultasi khas selepas waktu sekolah bagi membantu pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan.
Langkah kecil menuju kejayaan besar! 
Setiap markah bukan sekadar nombor tapi bukti usaha, doa dan sokongan tanpa henti. 
Terus kuat, anak-anak SPM 2025! Percaya pada diri, berusaha sepenuh hati, dan selebihnya serah pada Ilahi.
 
0 komen