PENDAFTARAN RAYUAN TINGKATAN 1 TAHUN 2021
Pendaftaran rayuan bagi pelajar tingkatn 1 telah diadakan di perkarangan pejabat sekolah bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 ptg.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BAGI PELAJAR TAHUN 2020
Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada pelajar SPM tahun 2020. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak pelajar menjawab.
PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) DAN UJIAN LISAN STAM BAGI PELAJAR TAHUN 2020
Pada 1 Februari 2021 (Isnin), bermulanya peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi pelajar tingkatan 4 dan ujian lisan STAM bagi pelajar tingkatan 6 tahun 2020. Peperiksaan SMA diadakan di Dewan Saidina Ali manakala ujian lisan STAM bertempat di Kompleks Tingkatan 6. Semoga perjalanan peperiksaan ini dipermudakan Allah dan berjalan dengan lancar seperti mana yang dijadualkan.
SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU TUAN PENGETUA MA'AHAD SAS
Pada 25 Januari 2021 merupakan tarikh akhir Tuan Pengetua Ma'ahad SAS, Ustaz Haji Ahmad Sukri Bin Mohamed Sodin, AMP bersama guru-guru Ma'ahad SAS kerana tuan pengetua akan berkhidmat di SMA Al-Attas. Selamat bertugas di tempat baru dan jasamu kami kenang. Terima kasih atas keperihatinan ustaz selama berkhidmat di Ma'ahad SAS.