Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Tag: "#maahadsas2022 #cemerlangspm2022"

Papar Artikel

KEM KECEMERLANGAN SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SMAN PAHANG

BANDAR JENGKA – Pada 22 – 24 Oktober 2022, Kem Kecemerlangan Subjek Matematik Tambahan diadakan di Ma’ahad SAS. Sekolah yang terlibat adalah semua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang mengambil subjek Matematik Tambahan untuk peperiksaan SPM. Sekolah tersebut adalah Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Al-Ihsan, SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, SMA Tengku Ampuan Fatimah dan SMA Rompin. Kem ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi...

Tag: #maahadsas2022 #cemerlangspm2022

Papar Artikel

UJIAN LISAN SPM SUBJEK PQS DAN BA

BANDAR JENGKA -  Pada 11 hingga 18 Oktober 2022, Ujian Lisan Tilawah Hafazan untuk subjek PQS SPM telah dijalankan di Bilik Tayang 2 dan Bilik Pengawas Sekolah. Manakala pada 18 hingga 20 Oktober 2022, Ujian Lisan Bahasa Arab telah dijalankan di Bilik PIBG dan Pusat Sumber Darul Hikmah. Calon SPM bagi tahun ini adalah seramai 118 orang pelajar. Semoga semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2022 memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.

Tag: #maahadsas2022 #cemerlangspm2022

Papar Artikel

BENGKEL TEKNIK JAWAB SOALAN SEJARAH SPM 2022

BANDAR JENGKA – Bengkel Teknik Jawab Soalan Sejarah SPM 2022 telah diadakan di SMK Desa Jaya pada 18 Oktober 2022 pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Pelajar yang terlibat ialah pelajar dari semua sekolah di Daerah Maran. Seramai 11 orang pelajar dari Maahad SAS yang terlibat dengan bengkel ini. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari bengkel ini.

Tag: #maahadsas2022 #cemerlangspm2022