PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2020
Bermula 29 Mac 2021 sehingga 7 April 2021, peperiksaan STAM bagi tahun 2020 telah dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Ma’ahad SAS pada tahun 2020 mempunyai calon seramai 117 orang. Peperiksaan STAM diadakan di Dewan Saidina Ali. Sepanjang peperiksaan, pelajar perlu mematuhi SOP untuk keselamatan dan kesihatan para pelajar. Semoga kejayaan milik kalian semua. Amin
MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR TINGKATAN 6
22 MAC 2021- Majlis restu ilmu telah diadakan untuk pelajar tingkatan 6 di dewan kuliah. Majlis bermula jam 10.30 dan tamat pada jam11.15. Acara bermula dengan ucapan wakil pelajar tingkatan 6, ucapan wakil guru tingkatan 6 dan di akhiri dengan ucapan Us. Che Aziz bin Che Dollah. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam imtihan STAM 2020. Amin
PROGRAM MAYA TUTORIAL STAM
16 MAC 2021- Pelajar STAM tahun 2020 telah menghadiri Tayangan Program Maya Tutorial STAM 2020 bertempat di Dewan Kuliah bermula 16 Mac sehingga 19 Mac 2021. Program anjuran JAIP ini berjalan dengan jayanya seperti yang dijadualkan
MAJLIS ‘SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA’ TUAN HAJI AHMAD SUKRI BIN MOHAMAD SODIN,AMP
12 MAC 2021- Kelab Keluarga Ma’ahad SAS telah mengadakan majlis yang diberi tema ‘ sesaat bersama seabad terasa’ untuk meraikan Tuan Pengetua Ma’ahad SAS, Ustaz Ahmad Sukri Bin Mohamad Sodin, AMP kerana pertukaran beliau ke SMA Al-Attas. Majlis diadakan di Dewan Makan Asrama, Ma’ahad SAS bermula jam 8.00 malam sehingga jam 10.30 malam. Selepas menyambut ketibaan tuan pengetua sekeluarga, majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakl pelajar, ucapan wakil guru lelaki, ucapan wakil guru...