PIBG MAAHAD SAS MENYUMBANG ALAT SARINGAN SUHU BADAN
23 JUN 2020- Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 bersama pengusaha kantin sekolah dan dewan makan asrama telah diadakan sebelum pembukaan sekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Pemulihan (PKPP). PIBG Ma'ahad SAS telah menyumbangkan dua unit alat saringan suhu badan kepada pihak sekolah. Semoga bermanfaat kepada semua. Terima kasih.
PEMANTAUAN JPNP DAN JAIP SEBELUM PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM TEMPOH PKPP
22 JUN 2020- Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang telah membuat pantauan ke Ma'ahad SAS untuk memastikan pihak sekolah telah membuat persiapan pasca Covid-19 dengan mematuhi garis panduan pembukaan semula sekolah. Alhamdulillah, secara umumnya pihak JPNP dan jaip berpuas hati.
GERAK KERJA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PEMULIHAN (PKPP)
17-20 JUN 2020- Mesyuarat jawatankuasa pembukaan semula sekolah dalam tempoh PKPP telah diadakan pada 16 Jun 2020. Gerak kerja persiapan telah dilakukan bersama ajk masing-masing sebelum kemasukan pelajar tingkatan 5 dan 6 pada 24 Jun 2020 manakala pelajar tingkatan 4 pada 1 Julai 2020.
HEBAHAN PENGAMBILAN BARANGAN MILIK PERIBADI PELAJAR DI ASRAMA MAAHAD SAS
https://www.facebook.com/199888710171670/posts/1469358086558053/