PROGRAM IQRA' LESTARI (PERTANDINGAN SELAWAT DAN PENUTUP)
BANDAR JENGKA – Pada 16 Oktober 2022, pertandingan selawat di bawah Program Iqra’ Lestari telah diadakan di Dewan Saidina Ali pada pukul 8.30 pagi. Pelajar yang terlibat adalah dari Tingkatan 1 hingga 4. Setiap tingkatan perlu menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 7 orang ahli. Setelah selesai pertandingan selawat, aktiviti terakhir untuk Program Iqra’ Lestari adalah majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Alaq oleh Muhammad Hfiy Mustaqim...
PROGRAM IQRA' LESTARI (MELUKIS POSTER DAN KUIZ PANTAS BA & BI)
BANDAR JENGKA – Pada 15 Oktober 2022 pukul 2.30 petang, aktiviti Melukis Poster dan Kuiz Pantas Makna Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Sumber Darul Hikmah. Pelajar yang terlibat adalah dari Tingkatan 1 dan 5 seramai 30 orang. Lukisan poster mestilah bertemakan ‘Jom ke Perpustakaan’. Pelajar menunjukkan bakat lukisan masing-masing dalam aktiviti melukis poster. Untuk aktiviti kuiz pula, pelajar menunjukan kepantasan dan kecekapan mereka mencari makna dalam Bahasa Arab...
PROGRAM IQRA' LESTARI (EXPLORACE)
BANDAR JENGKA – Pada 15 Oktober 2022, aktiviti Explorace untuk Program Iqra’ Lestari diadakan pada pukul 9 pagi di sekitar Maahad SAS. Kumpulan sasaran untuk aktiviti ini ialah pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 seramai 60 orang. Aktiviti ini diadakan secara berkumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli. Checkpoint untuk aktiviti ini adalah sebanyak 6 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai tugasan tersendiri yang berkaitan dengan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
PROGRAM IQRA' LESTARI (10 MINIT MEMBACA BUKU)
BANDAR JENGKA – Pada 15 Oktober 2022, pelajar Tingkatan 1 dan 2 seramai 20 orang telah melibatkan diri dengan Program Iqra’ Lestari untuk slot 10 minit membaca buku. Ianya diadakan di Pusat Sumber Darul Hikmah Maahad SAS pada pukul 8.30 pagi. Diharapkan para pelajar dapat menerapkan nilai suka membaca dalam kehidupan seharian.