Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

BANDAR JENGKA - Pada 22 Julai 2023 hari Sabtu, Bengkel Pengucapan Awam dijalankan di Dewan Kulliah pada pukul 8.30 pagi hinggan 4.30 petang. Pelajar yang terlibat dengan bengkel ini ialah pengawas sekolah. Penyelaras bengkel ini ialah Cikgu Hafiz dan Cikgu Hafizah. Bengkel ini terdiri daripada 4 slot (modul) iaitu Mindset, Skillset, Toolset dan Storytelling. Semoga para pengawas mendapat manfaat dan memperbaiki kualiti diri dari semasa ke semasa dan sentiasa berkeyakinan diri.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

FIKRAH DAKWAH SMAN PAHANG

BANDAR JENGKA - Program Fikrah Dakwah SMAN Pahang diadakan di Ma'ahad SAS pada 11 Julai 2023 hari Selasa. Program ini adalah berbentuk program motivasi yang disampaikan oleh Habib Ahmad Abdul Rahman Maqdi (Pegawai Kanan Agama Jabatan Mufti Mesir dan Mursyid Tafaqquh Fiddin Pelajar Pahang di Al-Azhar, Mesir). Majlis bermula pada pukul 3 petang yang bertempat di Dewan Saidina Ali. Semua pelajar Ma'ahad SAS terlibat dengan program ini dan memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

DELEGASI INDONESIA

BANDAR JENGKA - Pada 6 Julai 2023 pukul 10 pagi, pihak sekolah menerima kehadiran delegasi dari Universitas Negeri Malang dan Institut Perguruan Ilmu Pengetahuan (IKIP) Bojonegoro, Jawa Timur bersama-sama pensyarah UiTM Jengka. Seramai 3 orang guru pelatih menjalani praktikum di Ma'ahad SAS dari 6-26 Julai 2023. 

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

MASISUPA NEGERI PAHANG KALI KE-39

CHENOR - MASISUPA Peringkat Negeri Pahang diadakan pada 6-9 Julai 2023 di SMA Chenor (sukan) dan SMA Al-Khairiah (ilmiah). Beberapa orang pelajar Ma'ahad SAS berjaya mewakili Zon 2 ke MASISUPA Negeri. Majlis perasmian penutupan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang). Majlis penutupan bertempat di Dewan Arena Chenor, Maran. Johan Ilmiah adalah Zon 1 manakala johan sukan adalah Zon 2. Johan keseluruhan...

Tag: #maahadsas2023