Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

BANDAR JENGKA - Majlis Apresiasi Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 diadakan pada 18 Oktober 2023 di Dewan Saidina Ali. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. Pelajar tersebut ialah mereka yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas dan pelajar tahfiz. Selain itu, majlis ini dapat memberi semangat dan galakan kepada pelajar lain agar lebih berusaha dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu...

Tag: #maahadsas2023

Papar Artikel

BENGKEL AL-QURAN SMA

BANDAR JENGKA - Pada 22 Julai hari Sabtu, Bengkel Al-Quran SMA dilaksanakan pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertempat di Dewan Tingkatan 6. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Tingkatan 4. Penceramah bengkel ini ialah Ustazah Salmiah bt Mat Nayan, guru dari SMA Maran. Semoga anak-anak pelajar Tingkatan 4 berjaya menghafal surah-surah yang ditetapkan untuk peperiksaan SMA 2023. 

Tag: #maahadsas2023