Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

CERAMAH KESEDARAN TALASEMIA SMABI 2025

10 Mac 2025
Dewan Al-Falah, SMA Bukit Ibam

Pada 10 Mac 2025, satu ceramah kesedaran mengenai talasemia telah diadakan di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam bersama Dr. Siti Nurfarhanah. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat, khususnya para pelajar mengenai penyakit talasemia, termasuk punca, gejala, serta langkah pencegahan dan rawatan yang tersedia.

Dalam sesi ini, Dr. Siti Nurfarhanah menekankan kepentingan ujian saringan awal bagi mengenal pasti pembawa talasemia serta memberi penerangan mengenai kaedah rawatan moden seperti pemindahan darah dan terapi gen. Program ini mendapat sambutan baik daripada para hadirin yang berpeluang mengajukan soalan serta berkongsi pengalaman berkaitan penyakit ini. Ceramah ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam usaha mencegah dan menguruskan talasemia dengan lebih efektif.

Tag: TALASEMIA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini