Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PERTANDINGAN ILMIAH ANTARA RUMAH SUKAN 2025

9 April 2025
Dewan Al-Falah, SMA Bukit Ibam


Pertandingan Ilmiah antara Rumah Sukan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) telah berlangsung dengan meriah pada hari Rabu, 9 April 2025. Acara ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

Pelbagai acara seperti syarahan, tahfiz, tilawah, khat, ejaan jawi, khutbah, nasyid dan kalam jamaie telah dipertandingkan. Semua rumah sukan—Merah, Biru, Hijau, dan Kuning—menunjukkan semangat juang dan daya saing yang tinggi. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi minat pelajar sukan ilmiah

Tag: #sukanilmiah #smabi2025 #sekolahkitatanggungjawabkita

0 komen

Sila berikan komen anda di sini