PROGRAM MECHFA MEMBUKA PELUANG BAHARU DALAM BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL
5 November 2024 – Politeknik Muadzam Shah
Seramai 42 orang pelajar tingakatan 3 dari SMA Bukit Ibam telah menyertai lawatan ke Program MECHFA yang berlangsung di Politeknik Muadzam Shah bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam mengenai perkembangan terbaru dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan teknologi automatif. Program ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah dan disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah sekitar Muadzam Shah.Program MECHFA bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung aplikasi teknologi terkini dalam industri kejuruteraan mekanikal.
0 komen