KEJOHANAN SUKAN DAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH
BANDAR JENGKA - Pada 20 hingga 24 Jun 2022, MAAHAD SAS telah menganjurkan Kejohanan Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 mengikut kategori dan rumah sukan. Rumah sukan terdiri daripada Yarmouk (Hijau), Tabuk (Merah, Hunain (Biru) dan Qodisiah (Kuning). Semua pelajar dan guru bersemangat untuk memastikan rumah sukan mereka menang dan mereka bersaing secara sihat. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola jaring,...
MAJLIS IFTAR RAMADHAN
BANDAR JENGKA – Majlis Iftar Ramadhan peringkat sekolah telah diadakan pada 28 April 2022 bersamaan 26 Ramadhan 1443H di Dewan Saidina Ali. Majlis ini bermula pada pukul 6 petang dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Asjad bin Mohamed. Selepas itu, berbuka puasa dengan kurma dan air terlebih dahulu dan menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Para tetamu menikmati jamuan berbuka puasa selepas solat maghrib.
BENGKEL PENGENALAN DAN ASAS SENI KHAT RIQ'AH
KUANTAN - Pada 29 September 2022, 2 orang pelajar dari Tingkatan 2 dan seorang guru pengiring telah menghadiri Bengkel Pengenalan dan Asas Seni Khat Riq'ah. Bengkel ini diadakan di Ma'ahad Tahfiz Turath Negeri Pahang, Balok, Kuantan. Pelajar tersebut ialah Nur Afdhal Zikri bin Nurriduan dan Eizzatul Uzma binti Awis Qurni, manakala guru pengiring ialah Puan Masitah binti Muhamad. Semoga para pelajar mendapat manfaat dari bengkel ini dan mengaplikasikannya dalam pelajaran mereka.
BENGKEL KECEMERLANGAN SKOR A+ BAHASA MELAYU SPM
JENGKA - Program Bengkel Kecemerlangan Skor A+ B.Melayu SPM telah diadakan pada 6 Oktober 2022 bertempat di SMK Desa Jaya, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka. Seramai 8 orang pelajar Tingkatan 5 telah terpilih bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Maran tersebut.