WARTA SEKOLAH | SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2022/2023
Bandar Jengka - Selamat Kembali ke Sekolah untuk sesi 2022/2023 kepada para guru dan pelajar Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Sesi persekolahan dijalankan secara tidak bersemuka (PdPr) bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022 bagi pelajar Tingkatan 1,2&3 manakala bagi pelajar Tingkatan 4&5 sehingga 1 April 2022. Sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan dengan pelajar Tingkatan 4&5 iaitu pada 4 April 2022 dan seterusnya pelajar Tingkatan 1,2&3 pada 18 April 2022....
KEM KEPIMPINAN PELAJAR
RAUB - Kem Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Kela Adventure Camp, Ulu Sungai, Raub pada 29-31 Julai 2022 yang lalu. Seramai 88 orang pelajar telah dipilih menyertai program tersebut yang meliputi dari Badan Kepimpinan Pelajar, Pusat Sumber, Aspura dan Aspuri. Pelbagai aktiviti lasak telah dijalankan bagi meningkatkan lagi ketahanan pelajar dalam menghadapi apa jua cabaran, di samping mendedahkan mereka kepada ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada mereka bagi memimpin rakan pelajar yang...
LATIHAN KEBAKARAN
JENGKA - Pada 3 Ogos 2022, suatu Latihan Kebakaran telah dijalankan pada jam 11.01 pagi. Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka seramai 8 orang telah sampai dalam masa 4 minit dari waktu panggilan dibuat. Program tersebut dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan pihak sekolah jika situasi kebakaran benar-benar berlaku. Demonstrasi memadam kebakaran juga diadakan bagi mendedahkan kepada guru, kakitangan dan pelajar; bagaimana cara untuk memadam api.
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARAN
MARAN - Pada 2 Ogos 2022, Pengetua telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Kedatangan Pengetua telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Tn. Haji Nahran bin Haji Ishak. Pertemuan tersebut lebih merupakan sesi suai kenal bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Turut dibincangkan juga masalah kekurangan guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang belum diisi. Hasil perbincangan yang positif ini, insyaAllah akan membawa natijah yang baik di...