PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA TINGKATAN 4 (SMA) TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 15 Oktober 2018 (Isnin), Peperiksaan SMA telah bermula pada hari ini dan 15 Oktober sehingga 26 Oktober 2018. Semoga Allah mempermudahkan para pelajar untuk menjawab peperiksaan dengan sebaiknya. Amin .
PROGRAM REHLAH DAKWAH DAN ILMIAH
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 12 Oktober 2018 (Jumaat), Exco Agama Pahang telah menganjurkan Program Rehlah Dakwah dan Ilmiah ke seluruh SMAN Pahang termasuklah Ma'ahad SAS. Program ini telah diadakan di Dewan Saidina Ali bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Pengisian program ini telah disampaikan oleh Ulama' Makkah iaitu Dr. Sheikh Umar Barghus. Semoga para pelajar memperolehi sesuatu pengalaman dan ilmu baru dalam menuntut ilmu.
MAJLIS PENYAMPAIAN SAGUHATI KEPADA PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 8 Oktober 2018 (Isnin), perhimpunan mingguan telah diadakan di Dewan Saidina Ali. Oleh yang demikian, pihak sekolah berbesar hati ingin memberi saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan percubaan SMA, SPM dan STAM. Tujuan utama adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar cemerlang. Selain itu, memberi galakan dan motivasi kepada pelajar lain supaya sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan bersaing secara sihat.
SEMINAR PENDIDKAN SYARIAH ISLAMIYAH SPM
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 7 Oktober 2018 (Ahad), seminar matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiyah telah diadakan unuk semua calon SPM Ma'ahad SAS pada tahun ini. Seminar bertempat di Dewan Kuliah bermula jam 8pagi sehingga jam 1.00 petang.
