Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Disember 2017 (Khamis), pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 kemasukan 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Pendaftaran bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 

Beberapa orang guru yang terlibat sebagai guru kelas, guru koperasi, warden aspura dan aspuri serta beberapa kakitangan pejabat turut membantu menjayakan pendaftaran tersebut. Pada jam 10.30 pagi, Pengetua...

Tag: Pendaftaran pelajar Tingkatan 1

Papar Artikel

PROGRAM AKHIR TAHUN 2017 MA’AHAD SAS

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 13-24 NOVEMBER 2017 merupakan dua minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun bagi sesi 2017. Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti sebagai pengisian kepada para pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang terlibat secara khusus. Program ini disusun oleh Cikgu Umar bin Safyudin bermula waktu persekolahan sehingga tamat waktu persekolahan.  Antara program yang dijalankan ialah ceramah kerjaya, ceramah kesihaan, bengkel pemantapan...

Tag: programakhirtahun

Papar Artikel

PEPERIKSAN SPM 2017 BERMULA

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 6 NOVEMBER 2017 (Isnin), bermulanya peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di seluruh negeri. Peperiksaan SPM pada tahun ini di Ma'ahad SAS melibatkan pelajar tingkatan 5 seramai 95 orang calon. Semoga Allah mempermudahkan anak-anak pelajar menjawab soalan dengan baik dan tenang. Amin

Tag: SPM 2017

Papar Artikel

JAMUAN PERDANA MA’AHAD SAS 2017 BERSAMA KELAB KELUARGA

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27 OKTOBER 2017(Jumaat), jamuan perdana Ma’ahad SAS 2017 bersama Kelab Keluarga telah diadakan bertempat di Dewan Makan Asrama Ma’ahad SAS. Jamuan perdana ini melibatkan semua guru bersama ahli keluarga masing-masing dan para pelajar Ma’ahad SAS. Jamuan bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Semoga program ini akan berterusan sebagai program tahunan sekolah. 

Tag: jamuan perdana