TAKLIMAT SYAFAWI STAM
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 25 Mei 2018 (Jumaat), taklimat untuk syafawi STAM bagi matapelajaran al-Quran, Hadith & Mutalaah telah diadakan di Dewan Kulliah, Maahad SAS pada pukul 9 pagi sehingga 11 pagi. Taklimat tersebut disampaikan oleh ustaz Hassanuddin. Semoga pelajar beroleh manfaat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STAM.
PROGRAM SOLAT HAJAT
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 25 Mei 2018 (Jumaat), program solat hajat telah diadakan sebagai ucapan terima kasih kepada pewakaf yg mewakafkan 650 naskah al-Quran kepada warga Ma’ahad SAS. Program diadakan di Dewan Saidina Ali bermula jam 7.20 pagi sehingga jam 8.00 pagi. Tetamu yang hadir ialah wakil YH.Dato' Jusoh dan ahli jawatankuasa PIBG, En. Muzammil dan beliau turut menyampaikan ucapan mewakili pihak PIBG.
MAJLIS PENYAMPAIAN AL QURAN WAKAF DI MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA PAHANG
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 21 Mei 2018 (Isnin), satu majlis penyampaian Al Quran Wakaf di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Wakaf Al-Quran daripada Dato’ Jusoh Dagang.
GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 19 Mei 2018 (Sabtu), gotong-royong telah diadakan pada hari tersebut sebagai hari menggantikan persekolahan pada 8 Mei 2018. Semua pelajar dan guru-guru dibahagikan tugas mengikut jadual yang disediakan. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Gotong-royong melibatkan kawasan dan bangunan di sekolah juga di asrama.
