Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

Perkampungan Ilmu Siri 2/2025 SPM

17 – 19 Oktober 2025 | Chermekaw Village Camp Resort, Raub

Perkampungan Ilmu Siri 2 bagi pelajar SPM2025 telah berjaya dilaksanakan pada 17 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di Chermekaw Village Camp Resort, Raub, Pahang. Program ini bertujuan untuk memantapkan persediaan akademik pelajar, di samping membentuk jati diri dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti bermanfaat seperti sesi motivasi, bengkel...

Tag: #maahadsas2025 #perkampunganilmuspm

Papar Artikel

Program Munajat Perdana “Solidariti Untuk Palestine”

Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat), Maahad SAS telah menganjurkan Program Munajat Perdana: Solidariti Untuk Palestine yang bertempat di Masjid Al Ghazali. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Program dimulakan dengan perarakan ke Masjid Al Ghazali pada jam 8.20 pagi, diikuti dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, bacaan Yassin dan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Seterusnya, peserta mengikuti tayangan video mengenai situasi di...

Tag: #maahadsas2025 #freepalestine

Papar Artikel

Perkongsian Prestasi Percubaan SMA dan SPM 2025: Anak Cemerlang Sekolah Gemilang

Bandar Jengka, 10 Oktober 2025 (Jumaat) – Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah mengadakan Program Perkongsian Prestasi Percubaan SMA dan SPM 2025 bertemakan “Anak Cemerlang Sekolah Gemilang” bertempat di Dewan Saidina Ali

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi ini bertujuan untuk berkongsi keputusan dan prestasi pelajar dalam peperiksaan percubaan serta memberikan motivasi kepada mereka menjelang peperiksaan sebenar.

Majlis turut memberi ruang kepada guru-guru dan...

Tag: #maahadsas2025

Papar Artikel

Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) Bantu Pelajar Fahami Kesihatan Mental

Bandar Jengka, 8 Oktober 2025 – Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Besar Saidina Ali, MSAS melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.

Sesi ceramah utama telah disampaikan oleh Puan Norazizah binti A. Aziz, seorang aktivis dan perunding psikologi berpengalaman luas dalam...

Tag: #masas2025 #programjms