Majlis Restu Ilmu 2025
31 Oktober 2025, 7.40 Pagi, Dewan Saidina Ali, Ma’ahad Sultan Ahmad Shah. Majlis Restu Ilmu bagi calon Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berlangsung bertujuan memberi dorongan semangat sebelum menghadapi cabaran akademik yang bakal mendatang.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan kata-kata semangat daripada pengerusi majlis diikuti dengan ucapan Pengetua Ma’ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Tuan Haji Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar, wakil guru SMA dan wakil guru SPM dan bacaan doa.
Majlis berakhir dengan sesi pemberian restu ilmu oleh guru-guru kepada para pelajar, sebagai simbolik sokongan dan doa agar mereka diberi kelancaran dalam menjawab peperiksaan yang bakal dihadapi.