Majlis Penutupan Kelas Tuisyen Pintar YPM @KKDW 2025
Pada 30 Oktober 2025, telah berlangsung Program Motivasi dan Majlis Penutupan Kelas Tuisyen Pintar YPM @KKDW Tahun 2025 bertempat di Dewan Saidina Ali, Maahad SAS. Program ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelaksanaan kelas tuisyen sepanjang tahun serta memberi suntikan semangat kepada para pelajar menjelang peperiksaan.
Program ini turut diserikan dengan sesi motivasi yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) atas sumbangan bernilai RM35,000 yang telah banyak membantu dalam menjayakan program tuisyen ini. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada para guru tuisyen atas segala penat lelah, dedikasi dan komitmen mereka dalam membimbing para pelajar sepanjang program berlangsung.
Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kejayaan pelajar Maahad SAS dan pelajar Smk Jengka Pusat 2 pada masa akan datang.