CERAMAH MOTIVASI PELAJAR
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –25 April 2018 (Rabu), badan beruniform Puteri Islam dan Kadet Bomba telah menganjurkan ceramah motivasi pelajar yang melibatkan semua pelajar Ma’ahad SAS. Program bermula jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Dewan Saidina Ali. Penceramah jemputan ialah Abdul Hafiz Bin Mad Radzi (PU Angah) yang bertugas di Mahkamah Rendah Syariah, Pekan.
Pengisian yang dikongsi bersama para pelajar berkaitan dengan isu-isu remaja hari ini khususnya...
PELANCARAN KEMPEN SIFAR BULI, KECURIAN DAN VANDALISME OLEH 4K(KESELAMATAN)
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –18 April 2018 (Rabu), Setiausaha 4K (Keselamatan) telah melancarkan ‘Kempen Sifar Buli, Kecurian dan Vandalisme’ peringkat sekolah bagi tahun 2018 bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS.
Perasmi majlis pelancaran tersebut ialah Inspektor Muhamad Faiez Bin Zulkeflee, Pegawai Penyiasat IPD Maran (Pegawai Perhubungan Sekolah). Beliau juga memberi penjelasan tentang jenayah-jenayah dan hukuman bagi kesalahan membuli, kecurian dan vandalisme....
PROGRAM KEM BAHASA AL-QURAN (KEMBAQ) UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –13-15 April 2018 (Jumaat-Ahad), Panitia Bahasa Arab Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah mengadakan KEMBAQ iaitu Kem Bahasa Al-Quran bertempat di Dewan Saidina Ali pada 13-15 April 2018. Aktiviti ini disertai oleh 174 orang murid dengan 5 orang fasilitator. Penceramah jemputan ialah Ustaz Zulkarnain bin Itam dari Ma’ahad Ahmadi Gemencheh.
Objektif program ini diadakan adalah untuk pendedahan awal Bahasa Arab melalui...
DEMONSTRASI ROKET AIR SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –11 April 2018 (Rabu), sempena ‘Minggu Sains Negara’, perjumpaan kokurikulum bagi persatuan-persatuan pada minggu ini telah mewajibkan bagi setiap persatuan menyediakan roket air. Demonstrasi melancarkan roket air diadakan di tapak perhimpunan.
Cikgu Zul telah menerangkan dahulu bagaimana membuat roket air dan diikuti dengan simulasi serta demonstrasi daripada Panitia Sains dengan kerjasama Kelab Ko Falak. Selepas itu, persatuan-persatuan lain pula...
