Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 OKTOBER 2017(Sabtu), temu uji pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2018 telah diadakan di semua sekolah- sekolah SMAN Pahang termasuklah di Ma’ahad SAS.  Calon tingkatan 1 yang hadir ke sesi ujian di Ma’ahad SAS seramai 300 orang.  Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi. Manakala perjalanan temu uji bertulis dan lisan berjalan lancar serta mendapat kerjasama daripada guru-guru, para ibu bapa dan colon-calon temu uji. 
 
 

 

Tag: TEMU UJI

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ MUHAMMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 25 OGOS 2017(Jumaat), majlis perpisahan ustaz Muhammad Asri bin Abdul Razak yang telah diadakan di Dewan Besar Saidina Ali Ma’ahad SAS. Majlis bermula pada 8.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Aturcara majlis antaranya ucapan wakil pelajar dan guru, ucapan dari Ustaz Muhammad Asri bin Abdul Razak dan ucapan Puan Pengetua iaitu Puan Noraini Binti Abdul Manap. Majlis disempurnakan dengan majlis penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada wakil...

Tag: majlis perpisahan ustaz Asri

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 24 OGOS 2017(Khamis), sambutan sempena hari kemerdekaan ke-60 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Besar Saidina Ali Ma’ahad SAS bermula jam 8.00 sehingga 12.00 tengah hari. Beberapa pertandingan yang dipertandingkan sebelumnya iaitu acara bilik-bilik patriotik(bilik-bilik guru, pejabat,perpustakaan dan galeri), kelas-kelas patriotik, dan kereta patriotik. 

Sambutan dimeriahkan persembahan pantun oleh wakil guru lelaki iaitu Cikgu...

Tag: hari kemerdekaan ke 60

Papar Artikel

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI MA’AHAD SAS TAHUN 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 21 JULAI 2017(Jumaat), Ma’ahad SAS telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 di Dewan Saidina Ali. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi. Selain guru-guru dan para pelajar Ma’ahad, kemeriahan majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG Maahad SAS dan AJK-AJK PIBG. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari. 

Tag: aidilfitri2017